|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 09/11/2015
KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2015
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) akan menganjurkan Konvensyen Integriti Nasional 2015 bersempena dengan sambutan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November setiap tahun. Intipati program pada kali ini akan melibatkan enam (6) sidang plenari yang akan membincangkan tajuk berkaitan integriti daripada pelbagai perspektif dan menampilkan barisan panel yang arif di bidang masing-masing untuk membincangkan dalam sesi meja bulat justeru mengenalpasti tiga isu utama beserta penyelesaiannya untuk diangkat kepada pihak kerajaan (rujuk lampiran).
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah INTEGRITI.
Pihak IIM menjemput rakan-rakan media untuk hadir bersama-sama dan membuat liputan media berkaitan isu yang akan dibincangkan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 12 November 2015
Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat :Auditorium Integriti, Aras 2, Institut Integriti Malaysia, Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk muat turun PROGRAM
Pada majlis ini juga, pelancaran Buku “Integriti Dalam Keluarga: Panduan Keluarga Ke Arah Bahagia” akan disempurnakan oleh YB Menteri, ianya merupakan kerjasama Institut Integriti Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang turut mendapat sentuhan pakar rujuk bidang keluarga dan psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Cyberjaya University College of Medical Sciences. Pada kesempatan ini juga, satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Vlogger Integriti 2015 akan disampaikan kepada para pemenang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan konvesyen tersebut.
SUMBER : Institut Integriti Malaysia (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Zubayry Abady Sofian
Penyelaras Program Komunikasi
Tel : 03-6209 2074
Emel : zubayry@integriti.my
Nama : Norsheeda Din
Penolong Penyelaras Program Komunikasi
Tel : 03-6209 2014
Emel : sheeda@integriti.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|