|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/11/2015
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI 2015 OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAIWP
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi 2015 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 18 November 2015 / 6 Safar 1437H
Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang
Tempat : Dewan Tulip, D’Saji Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa
Majlis penyerahan ini akan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B). Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan wakil - wakil korporat bagi koperasi yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
Nama : Norazlina Nordin
Tel : 019-7283839
Nama : Amiro Faizal Azali
Tel : 014-2212343
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|