Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Rabu 11/11/2015

JEMPUTAN MEDIA SEMPENA KARNIVAL PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR (K3P) PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Program Pelancongan Pelajar (K3P) peringkat kebangsaan pada 12 hingga 15 November 2015 di i-City, Shah Alam.

K3P bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada para pelajar terhadap kepentingan industri pelancongan dan kebudayaan negara. K3P juga diharapkan mampu memupuk budaya sukarelawan dalam menjaga kebersihan dan keindahan produk-produk pelancongan bahkan kesedaran terhadap prospek kerjaya dalam industri ini.

Majlis Penutupan, Penyampaian Hadiah dan Makan Malam Karnival Program Pelancongan Pelajar (K3P) 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 14 November 2015

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dataran i-Walk, i-City, Shah Alam

Sila klik di sini untuk TENTATIF ATURCARA K3P

Sila klik di sini untuk BANNER K3P 2015


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan karnival tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azwa Rahmat
Tel : 03-8891 7188 / 011-1131 3106
Emel : azwarahmat.motac@gmail.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.