Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Khamis 12/11/2015

MAJLIS AGENDA AGRO: RMK11 DAN SEKTOR PERTANIAN PERBANKAN: PROSPEK DAN PELUANG

Merujuk perkara di atas, Agrobank akan mengadakan majlis taklimat Agenda Agro: “RMK11 Dan Sektor Pertanian: Prospek dan Peluang” khusus untuk pelanggan sedia ada dan berpotensi di Pahang. Maklumat program adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 13 November 2015

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Ballroom, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang


Program

2.00 petang : Ketibaan Jemputan / Media

3.00 petang : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis

3.10 petang : Ucapan Aluan daripada YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

3.20 petang : Agenda Agro
Topik: "RMK11 Dan Sektor Pertanian : Prospek Dan Peluang"

3.40 petang : Perkhidmatan Pembiayaan Perdagangan (Trade Finance)

3.50 petang : Sesi Soal Jawab

4.15 petang : Minum petang

5.00 petang : Majlis tamat


Untuk makluman tuan/ puan, sesi perkongsian ini merupakan satu bentuk nilai tambah yang diberikan oleh pihak Bank bagi membantu pelanggan untuk mengetahui maklumat terkini tentang polisi Kerajaan dalam membantu masyarakat tani meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi usahawan tani. Turut hadir di majlis ini Yang Hormat Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Budiotomo Othman
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-2731 1600 (ext 1656) / 016-350 4274

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.