Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 13/11/2015

PROGRAM 'SOCSO RUN & RIDE' 2015

PERKESO akan mengadakan program 'SOCSO RUN & RIDE' 2015 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 15 November 2015

Masa : 6.30 pagi

Tempat : Lobi Dataran DBKL Kuala Lumpur

Objektif program tersebut adalah untuk menggalakan penglibatan majikan dan pekerja dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan pada masa yang sama menjadi sebahagian evolusi global ke arah mewujudkan pekerja yang sihat.

Basikal akan dipinjamkan kepada media sekiranya mereka berminat untuk turut serta di dalam program tersebut.

Pelancaran kempen tersebut akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Sidang Media akan diadakan pada jam 8.30 pagi.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norshakila Bt Abdul Satar
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Tel : +603 4264 5000 (DL) +603 4264 5194 (HP) 012 6040964
Faks : +603 4256 7798
Emel : shakila.satar@perkeso.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.