Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Isnin 16/11/2015

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE PERAGAAN FESYEN TEKSTIL REKAAN BARU OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA DAN DAME ZANDRA RHODES

Sukacita dimaklumkan, bersempena KL Fashion Weekend 2015, Kraftangan Malaysia dan Dame Zandra Rhodes dengan kerjasama Usahawan Kraf Tekstil akan mengadakan Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 17 November 2015

Masa : 8.00 malam

Tempat : The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KL Pac)
Sentul Park, Jalan Strachan
(off Jalan Sultan Azlan Shah – formerly known as Jalan Ipoh)
51100 Kuala Lumpur

Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru ini adalah berkonsepkan Spring Summer 2016 – Ready to Wear melibatkan koleksi fesyen dari fabrik kraf batik, tenunan dan songket. Terdahulu, Kraftangan Malaysia juga telah berkerjasama dengan Dame Zandra Rhodes di London Fashion Week dengan menampilkan rekaan berkonsep santai dan juga sesuai untuk golongan remaja.

Untuk makluman, Dame Zandra Rhodes bukanlah nama asing dalam industri fesyen antarabangsa. Beliau merupakan pereka fesyen terkenal yang pernah mereka baju untuk nama-nama besar seperti mendiang Puteri Diana, pelakon Hollywood dan ahli politik Britain.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459 (HP) 017-307 8762

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.