Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Selasa 17/11/2015

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN FIQH ZAKAT INTERNATIONAL CONFERENCE ANJURAN BERSAMA PPZ-MAIWP & WORLD ZAKAT FORUM

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) bakal menganjurkan ‘Fiqh Zakat International Conference’ pada:

Hari/Tarikh : Rabu 25 November 2015 / 13 Safar 1437H

Masa : 11.45 pagi- 1.00 tengahari

Tempat : Grand Ballroom, Ting 9, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur (berhadapan PWTC)

Objektif forum ini adalah sebagai medium perbincangan berkaitan isu-isu semasa zakat di kalangan golongan pemikir dan cendiakawan dari seluruh dunia. Forum ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B). Turut sama hadir adalah Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Dr. Ahmad Juwaini, Setiausaha Agung World Zakat Forum.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.