Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Khamis 19/11/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA DI KOMPLEKS KRAF MELAKA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia mulai 26 hingga 30 November 2015, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh.

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 20 November 2015

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kompleks Kraf Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bersama : YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad
Timbalan Exco Pelancongan Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka


Promosi ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik iaitu pameran kraf, demonstrasi kraf, interaktif kraf dan jualan produk kraf dari pelbagai bidang. Disamping itu, diselitkan juga beberapa aktiviti galakan pengunjung seperti persembahan kebudayaan, pertandingan, demonstrasi masakan kuih tradisional, ceramah agama, persembahan qasidah dan demontarasi lukisan karikatur.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA
Tel : 06 - 253 1500
Faks: 06 - 253 1510
Web : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.