Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Khamis 19/11/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM HELLO KOMODITI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (MPIC)

Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan merasmikan Program Hello Komoditi MPIC pada ketentuan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 21 November 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : DEWAN SRI PELADANG, PPK BERNAM JAYA, SABAK BERNAM, SELANGOR


Program

8.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran peserta

9.00 pagi : Taklimat oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Tajuk: Bantuan dan Insentif Kepada Pekebun Kecil Sawit

9.30 pagi : Taklimat oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Tajuk: Usahawan Gaharu

10.00 pagi : Taklimat oleh Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)
Tajuk: Tawaran Kursus di Sektor Perladangan dan Komoditi

10.30 pagi : Sesi Soal Jawab

11.00 pagi : Ketibaan YB Dato’ Noriah binti Kasnon,
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

: Nyanyian
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor

: Bacaan doa

: Ucapan Aluan oleh YB Tuan Kamarol Zaki bin Haji Abdul Malik, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar

: Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC) dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM)

: Penyampaian Insentif Mesin Pencair Coklat oleh Lembaga Koko Malaysia

: Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus

: Penyampaian Sumbangan Buku Perpustakaan Mini Komoditi Di Bawah Projek Tanggungjawab Sosial Korporat MPIC

: Lawatan ke Gerai Pameran

1.00 petang : Jamuan Makan Tengah Hari

4.00 petang : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian ini.

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amisam Ismail
Tel : 03-8880 3321

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.