|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/11/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE FORUM 'LIMAR'
Sukacita dimaklumkan, bersempena KL Fashion Weekend 2015, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Forum bertajuk ‘Limar’ pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 20 November 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : Laman Wau, Bangunan Seri Cipta, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Limar merupakan fabrik songket buatan tangan yang sering digunakan dalam penghasilan rekaan busana tradisional melayu. Kini penggunaan kain songket Limar semakin berkurangan disebabkan oleh persaingan fabrik luar yang cepat penghasilannya dan menepati citarasa pengguna masa kini.
Forum ini akan dijayakan oleh tiga orang panel yang terdiri daripada Ms.Chetna Bhatt (Ketua Pereka di Zandra Rhodes Studio, UK), Puan Zubaidah Sual (Penyelidik dan Pengamal Budaya), Encik Ahmed Kamel Bin Hussein (Che Minah Songket, Kelantan) dan Ybhg. Dato’ Mahadzir Lokman sebagai moderator.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan forum 'Limar' ini.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-2161 3793 / 2162 7459
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|