|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/11/2015
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE MAJLIS KARNIVAL HOMESTAY NEGERI JOHOR 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Homestay Negeri Johor 2015 pada 20 hingga 22 November 2015. Majlis Perasmian akan dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Berikut merupakan ketetapan majlis:
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL HOMESTAY NEGERI JOHOR 2015
Hari/Tarikh : Jumaat 20 November 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Galleria@Kotaraya, Johor Bahru
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Afendy Mohd Salleh
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Aras 15, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
T: +603.8891.7189
F: +603.8891.7181
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|