Januari 11, 2026 -Ahad

 
 
 

Jumaat 20/11/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SIGNING CEREMONY OF THE CHARTER, FORMATION COUNCIL OF PALM OIL PRODUCING COUNTRIES

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menandatangani The Charter, Formation Council Of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) pada 21 November 2015. Majlis ini akan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengasas kepada Majlis berkenaan dan menyumbang kepada 85 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Skop CPOCP termasuklah :
- mempromosi perundingan pembangunan industri minyak sawit dalam kalangan pemegang kepentingan di negara penanam sawit;
- meningkatkan kebajikan penanam kecil sawit; dan
- membangunkan dan mewujudkan rangka kerja global mengenai prinsip minyak sawit mampan.

Adalah dimaklumkan bahawa YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan H.E Tuan Rizal Ramli, Menteri Koordinasi bagi Hal Ehwal Maritim dan Sumber akan menghadiri majlis Signing Ceremony Of The Charter, Formation Council Of Palm Oil Producing Countries pada ketentuan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 21 November 2015

Masa : 4.00 petang

Tempat : Plenary Theatre, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre


Program

4.15 pm : Arrival of Guests and Delegates

4.45 pm : The Arrival of the Rt. Hon Prime Minister of Malaysia and the Rt. Hon President of Indonesia

4.50 pm : The Signing of Charter by H.E. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Minister of Plantation Industries and Commodities Malaysia and H.E. Dr. Rizal Ramli, Coordinating Minister for Maritime Affairs and Resources Indonesia

: Exchange of Documents

5.00 pm : Press Conference


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini. Adalah dicadangkan supaya wakil media yang telah mempunyai akreditasi media ASEAN Summit 2015 untuk membuat liputan bagi memudahkan mereka memasuki ke kawasan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Alan Ting
Tel : 016-2391313

Nama : Hafizan Hamzah
Tel : 012-3598518

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.