|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 20/11/2015
MAJLIS PENYERAHAN VAN SEKOLAH WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA SEKOLAH MENENGAH SAINS TAHFIZ ALOR SETAR
Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis bagi menyerahkan sebuah van sekolah kepada Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar pada 23 Nov, 2015. Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat akan menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada Pengetua SEMESTI Alor Setar, Ustaz Mohd Idris bin Mahmud.
Van sekolah yang bernilai RM104,290.02 disumbangkan kepada Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penghuni sekolah berkenaan yang merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
Majlis tersebut akan di adakan seperti di bawah:
Hari/Tarikh : Isnin 23 November 2015
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Sekolah Menengah Sains Tahfiz (SEMESTI) Alor Setar,
Alor Setar, Kedah
PROGRAM
11.00 pagi : Ketibaan para jemputan
11.20 pagi : Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
11.25 pagi : Bacaan doa
11.30 pagi : Ucapan Ustaz Mohd Idris bin Mahmud,
Pengetua SEMESTI Alor Setar
11.35 pagi : Ucapan Dr Abd Rahman Ahmad,
Pengerusi Lembaga Pengelola SEMESTI Alor Setar
11.40 pagi : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
11.45 pagi : Penyerahan simbolik sumbangan (mock key)
: Tayangan slaid dan persembahan pelajar SEMESTI Alor Setar
: Lawatan
1.00 ptg : Jamuan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penyerahan tersebut.
SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina
Tel : 03-2059 1345
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|