|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 20/11/2015
JEMPUTAN MEDIA KE PROGRAM TURUN PADANG Y.B. MENTERI SUMBER MANUSIA KE PROGRAM SARINGAN KESIHATAN & ADVOKASI PERKESO DI TNB 2015
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 24 November 2015
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Dato' Hj. Hussin, Aras 13, Wisma TNB Kepong, Kuala Lumpur.
Objektif program merupakan serampang dua mata PERKESO dalam mengabungkan dua elemen iaitu amalan kesihatan serta keselamatan di tempat kerja. Di samping itu ia bertujuan untuk mengabungkan dua program yang menjadi tunggak dalam strategi pencegahan PERKESO iaitu program Saringan Kesihatan PERKESO & pencegahan kemalangan dan advokasi.
Pelancaran program tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato Sri Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norshakila Bt Abdul Satar
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Tel : +603 4264 5000 (DL) +603 4264 5194 (HP) 012 6040964
Faks : +603 4256 7798
Emel : shakila.satar@perkeso.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|