Januari 11, 2026 -Ahad

 
 
 

Isnin 23/11/2015

KEGEMBIRAAN KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA BANK MUAMALAT

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu Program Kembali Ke Sekolah "Charity Free Market - Back to School" di Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur.

Pihak Bank menyumbangkan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada 193 pelajar iaitu anak-anak kepada kakitangan syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan serta anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak Yatim dari Rumah Permata Rohani, Rumah Baitul Kasih dan Rumah Baitul Barokah untuk membeli-belah secara percuma.

Program ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, bersama-sama dengan Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.

Program ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Majlis tersebut akan di adakan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 November 2015

Masa : 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari

Tempat : Tingkat 6, Ibu Pejabat Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputera, Kuala Lumpur.


Program

9.30 am : Ketibaan pelajar di Menara Bumiputra
: Sarapan Pagi @ Level 2
: Tayangan Filem

10.15 am : Ketibaan Y.Bhg Dato' Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid
: Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Tan Sri Dato' Dr. Mohd Munir Abdul Majid
: Bacaan Doa
: Penyerahan Duit Belanja
: Lawatan ke kiosk
: Upacara Perasmian Program

12.00 pm : Makan Tengahari

1.30 pm : Tamat


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina Abdullah
Tel : 03 26988787 ext:7055/012 3589876
Emel : nurshazrina@muamalat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.