Januari 10, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 26/11/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROMOSI KRAF MALAYSIA DI KOMPLEKS KRAF MELAKA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia mulai 26 hingga 30 November 2015, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh.

Sehubungan itu, satu Majlis Perasmian yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Ghazale bin Muhammad, Timbalan Exco Pelancongan Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 27 November 2015

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kompleks Kraf Melaka , Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Promosi ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik iaitu pameran kraf, demonstrasi kraf, interaktif kraf dan jualan produk kraf dari pelbagai bidang. Disamping itu, diselitkan juga beberapa aktiviti galakan pengunjung seperti persembahan kebudayaan, pertandingan, demonstrasi masakan kuih tradisional, ceramah agama, persembahan qasidah dan demontarasi lukisan karikatur.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan promosi tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.