|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/11/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF KELANTAN 2015
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Festival Kraf Kelantan mulai 27 November hingga 6 Disember 2015 dari jam 9.00 pagi - 10.00 malam bertempat di Dataran Al-Quran, Pintu Kota Sultan Ismail Petra.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media bersama Yang Berbahagia Dato' Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Negeri Kelantan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 29 November 2015
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Tapak Festival Kraf Kelantan
Dataran Al-Quran
Pintu Kota Sultan Ismail Petra
Festival Kraf Kelantan merupakan usaha Kraftangan Malaysia mempromosi dan memperluaskan pasaran kraf di lokasi tumpuan pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti Interaktif Kraf (mewarna batik, seramik dan pembuatan wau), Demonstrasi Kraf (seni tulisan khat, ukiran kayu, pandai besi, anyaman rotan, anyaman serkap & seramik tradisional) dan Jualan Produk Kraf yang disertai 55 usahawan kraf dari pelbagai bidang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
Tel : 09-712 6266
Web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|