|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 30/11/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM BAKTI SISWA PELAJAR INSTITUT KRAF NEGARA
Sukacita dimaklumkan, Institut Kraf Negara yang merupakan Institusi di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan mengadakan Program Bakti Siswa di Rumah Anak Yatim seperti ketetapan berikut :
Tarikh : Selasa 1 Disember 2015
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang, Lorong Teratai, Batu 17 ¾ Kampung Damai, Kuang, 48050 Rawang
Selangor
Hadir sama pada program ini ialah Yang Berusaha Encik Zainal Abidin bin Che Pa, Pengarah Kanan, Institut Kraf Negara.
Untuk makluman, Program Bakti Siswa ini merupakan salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan bertujuan untuk meningkat dan mendekatkan para pelajar kepada sesebuah organisasi melalui pendekatan aktiviti dan sumbangan yang tersusun. Institut Kraf Negara turut terpanggil dan terlibat dalam aktiviti CSR dengan mengadakan Program Bakti Siswa di Asrama Damai, Rumah Anak-Anak Yatim Kuang ini.
Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti program gotong royong membersihkan Asrama Damai, melukis Mural dan Interaktif Kraf Batik, Seramik dan Rotan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Nama : Che Salmah Ismail
Tel : 013-369 1929
-BERNAMA |
|
|
|
|
|