|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/12/2015
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA LAWATAN KERJA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA, YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ KE BANDAR DIRAJA KLANG, SELANGOR PADA 8 DISEMBER 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz akan mengadakan Lawatan Kerja ke Bandar Diraja Klang.
Dimaklumkan jua bahawa kemudahan pengangkutan turut disediakan kepada wakil media yang ingin turut serta dalam lawatan ini. Ketetapan untuk berkumpul adalah sebagaimana berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 8 Disember 2015
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Selangor, Tingkat 15-03, Wisma Sunwaymas, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, C9/C, Sekyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor. (Bersebelahan Concorde Hotel Selangor)
Sila klik disini untuk Program
Bersama dengan ini dilampirkan Borang Jawapan berkenaan hal ini. Sila klik disini untuk Borang Jawapan
Dimohon supaya borang jawapan ini dikembalikan kepada pihak Kementerian selewat-lewatnya sebelum atau pada 7 Disember 2015 (Isnin), jam 12.00 tengah hari.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norhana
Tel : 03-5510 7704 / 019-262 6015
Emel : norhana@motac.gov.my
Nama : Azwa
Tel : 03-8891 7188 / 011-11 3131 06
Emel : azwarahmat@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|