|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/12/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE PROGRAM FATIMAH CHIK IN PERSON & SHIBORITIK
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Program Fatimah Chik In Person & Shiboritik seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 8 Disember 2015
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Laman Wau, Bangunan Seri Cipta , Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Untuk makluman, Fatimah Chik bukanlah nama asing dalam dunia seni catan tanah air kerana telah hampir 40 tahun mengenengahkan teknik shiboritik ke dalam hasilan karya catannya. Antara karya beliau yang terkenal adalah Alami, Pemandangan, Siri Kebaya, Meditation 1, Bijauan Dan Gunungan.
Shiboritik adalah dari perkataan ‘shibori’ dari bahasa Jepun yang membawa maksud ‘ikat celup’ atau ‘tie and dye’ dan ‘tik’ adalah singkatan bagi perkataan Batik. Secara umumnya, ikat celup pada fabrik adalah teknik ikatan bagi mendapatkan corak warna yang di sapu, celup atau tuang pada fabrik tersebut. Namun Fatimah Chik telah memberikan kelainan dengan menggabungkan ikat celup dengan teknik membatik seperti batik cop (blok) dan lukis (canting) pada hasilan fabrik sebagai medium untuk menghasilkan karyanya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program Fatimah Chik In Person & Shiboritik tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459
-BERNAMA |
|
|
|
|
|