Januari 08, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 04/12/2015

MEMOHON HEBAHAN AKTIVITI CSR KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR & PERSATUAN KANSER NASIONAL MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia melalui Kompleks Kraf Kuala Lumpur akan menganjurkan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu & Ahad 12 & 13 Disember 2015

Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Penganjuran julung kali yang diadakan ini merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan Persatuan Kanser Nasional serta sokongan penglibatan artis-artis Perkampungan Pelukis Kompleks Kraf. Program CSR ini akan mengetengahkan beberapa aktiviti bersama Cancer Suvivor, Ceria Bersama Anak-anak Klef Bibir dan Lelangit serta dimeriahkan dengan penglibatan Mister Planet (Hero Remaja Malaysia).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.