Januari 08, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 04/12/2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI TESCO EXTRA SEREMBAN JAYA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Tesco Extra Seremban Jaya pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu-Ahad 9-13 Disember 2015 (5 hari)

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Tesco Extra, Seremban Jaya, Taman Seremban Jaya, 70400 Seremban


Untuk makluman, Promosi ini akan disertai oleh usahawan kraf dari pelbagai bidang seperti tekstil (batik), hasil rimba (kayu), logam (pewter) dan aneka kraf (seni inai, manik & mutiara). Selain daripada itu, turut diadakan juga aktiviti interaktif kraf, pertandingan kraf dan persembahan kesenian.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan promosi tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03 - 2162 7459

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Tel : 06 - 481 1045

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.