|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 09/12/2015
Penyerahan Sumbangan BANTUAN KERUSI RODA 1 MALAYSIA (BKR1M) Oleh Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)
Hari/Tarikh :Khamis 10 Disember 2015
Masa : 2.00 Petang
Tempat : KER1M, Suite 3.11 Level 3, Ampwalk North Block, No. 218 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Persatuan Kesejahteraan Rakyat t Malaysia (KERIM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara & lntegrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang giat melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan demi mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat yang lebih selesa.
KER1 M bergiat aktif datam melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan membantu meringankan beban kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan.
Di antara program yang telah kamijalankan adalah seperti bantuan ke rumah anak-anak yatim, memberi sumbangan kepada rumah kebajikan dalam bentuk barangan keperluan harian,makanan, bantuan baju sekolah, bantuan kerusi roda dan banyak lagi kempen kemasyarakatan yang telah dilakukan dan bakal dirancang pada masa akan datang.
Bagi menyempurnakan usaha khidmat kemasyarakatan ini, kami dengan rendah hati akan menyerahkan Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M) kepada 4 orang penerima yang layak bagi meringankan beban dan derita yang ditanggung oleh mereka selama ini.
Program penyerahan ini diharap dapat dihebahkan oleh media dan akhbar arus perdana untuk bersama-sama kami dalam memberi sokongan kepada mereka yang tidak berkeupayaan disamping dapat menyumbang peranan dalam khidmat sosial demi keselesaan kehidupan mereka.
SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem bin Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 012 2425899
Emel: azeem@1malaysia.info
-BERNAMA |
|
|
|
|
|