Januari 05, 2026 -Isnin

 
 
 

Khamis 10/12/2015

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA AKTIVITI CSR KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR & PERSATUAN KANSER NASIONAL MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia melalui Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Kanser Nasional Malaysia akan menganjurkan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada 12 dan 13 Disember 2015 (Sabtu & Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Laman Wau dan PREKA Centre, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Sehubungan itu, sukacita pihak Kraftangan Malaysia menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan aktiviti ini pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 12 Disember 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay

Pelbagai aktiviti bakal diadakan bagi memeriahkan program ini antaranya Bengkel Bersama Cancer Survivor, Ceria Bersama Anak-anak Klef Bibir dan Lelangit serta Mister Planet, Jualan dan Pameran Lukisan Chinese Ink, Mencari Harta Karun dan banyak lagi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.