|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/12/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI MAJLIS ZAKAT PERNIAGAAN 2015 OLEH TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Perniagaan 2015 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 22 Disember 2015 / 10 Rabiul Awal 1437H
Masa : 12.00 tgh - 1.00 petang
Tempat : D’Saji KL Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Kuantan, 53200, KL
Majlis ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Y.B. Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Hj Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|