|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/12/2015
FESTIVAL KRAF JOHOR 2015
Sukacita dimaklumkan Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : 24 - 29 Disember 2015
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Padang A, Angsana Johor Bahru Mall
Majlis Perasmian festival ini pula akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 25 Disember 2015 jam 4.00 petang.
Aktiviti ini merupakan penganjuran ke-5 oleh Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan secara terus kepada pengguna. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pameran Produk Shiboritik, Cenderamata Korporat & Signature Products, Pameran Kesenian Masyarakat Orang Asli, Jualan produk kraf tekstil ( kraf hasil rimba, logam dan seramik) yang akan dipromosikan oleh 300 orang usahawan kraf dan juga demonstrasi & interaktif produk kraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan festival tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-2161 3773
Web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|