|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/12/2015
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI SIDANG MEDIA ‘HARI BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT PPZ-MAIWP' & SUASANA PEMBAYARAN ZAKAT DI KAUNTER PPZ-MAIWP MENJELANG HARI-HARI TERAKHIR TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) ingin menjemput wakil media bagi sidang media yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 28 Disember 2015 / 16 Rabiul Awal 1437H
Masa: 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Tingkat 7, Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur
Objektif sidang media ini diadakan adalah sebagai pemakluman umum berkaitan Kempen Hari Bersama Pembayar Zakat PPZ-MAIWP serta gambaran suasana pembayaran zakat pada minggu terakhir pembayaran zakat di salah sebuah kaunter cawangan PPZ-MAIWP disamping memberi peringatan kepada umum agar segera menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2015. Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan siding media tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 012-5003547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|