Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 18/12/2015

JEMPUTAN KE PROGRAM SIHAT FELDA ‘KOMUNITI SIHAT TANPA DADAH’ 2015

FELDA dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), AADK Negeri Sembilan, AADK Daerah Jelebu dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Program Sihat FELDA ‘Komuniti Sihat Tanpa Dadah’ (KSTD) peringkat kebangsaan di Wilayah Raja Alias. Program ini akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd. Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, Pengerusi FELDA. Program KSTD ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/ Tarikh : Selasa 22 Disember 2015

Masa : 7 pagi – 2 petang

Tempat : FELDA Pasoh 4
Wilayah : Raja Alias (Parlimen Jelebu)

PROGRAM
Klik di sini

Antara aktiviti program sehari KSTD ialah Senam Seni 1 Malaysia, ceramah wakil AADK, pendaftaran ahli S1M, pameran proses rawatan antidadah, pemeriksaan kesihatan, pemasangan papan tanda ‘Komuniti Sihat Tanpa Dadah’, pertandingan deklamasi sajak, sukaneka belia dan remaja warga FELDA serta Konvoi Skuad Bermotor S1M ke rumah keluarga bekas penagih. Bilangan peserta adalah seramai 1000 orang melibatkan warga peneroka, belia dan pelajar sekolah.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan NurulNaida Binti Md Noh
Tel : 03-21912026 / 019-3989144

Nama : En Zulhai Affendy
Tel : 03-21912023 / 010-5403735

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.