Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 22/12/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2015 & FATIMAH CHIK IN PERSON & PERAGAAN FESYEN SHIBORITIK

Sukacita dimaklumkan Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menjemput wakil media untuk hadir membuat liputan bagi majlis seperti ketetapan berikut :

i.Majlis Perasmian Festival Kraf Johor

Hari/Tarikh : Jumaat 25 Disember 2015

Masa : 3.30 petang

Tempat : Padang A, Angsana Johor Bahru Mall

Dirasmikan oleh : YB Datuk Mas Mas Ermieyati binti Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan



ii.Fatimah Chik In Person & Peragaan Fesyen Shiboritik

Hair/Tarikh : Sabtu 26 Disember 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Ruang Pameran, Padang A,Angsana Johor Bahru Mall

Untuk makluman, penganjuran Festival Kraf Johor 2015 adalah merupakan usaha Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan secara terus kepada pengguna. Festival kali ke-5 ini bakal mengetengahkan kelainan baru iaitu Pameran Produk Shiboritik, Cenderamata Korporat & Signature Products, Pameran Kesenian Masyarakat Orang Asli, Jualan produk kraf tekstil ( kraf hasil rimba, logam dan seramik) yang akan dipromosikan oleh 300 orang usahawan kraf dan juga demonstrasi & interaktif produk kraf.

Manakala, Fatimah Chik bukanlah nama asing dalam dunia seni catan tanah air kerana telah hampir 40 tahun mengenengahkan teknik shiboritik ke dalam hasilan karya catannya. Antara karya beliau yang terkenal adalah Alami, Pemandangan, Siri Kebaya, Meditation 1, Bijauan Dan Gunungan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fazlin Mohamad Zaki
Tel : 012 664 1734

Nama : Norehan Ab Ghani
Tel : 657 8824

Tel : 03-2161 3793
Emel : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.