Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 07/01/2016

JEMPUTAN: MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN AGROBANK DAN KADA

Merujuk perkara di atas, Agrobank akan mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Majlis ini akan turut disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 8 Januari 2016

Masa : 4:00 petang – 6:00 petang

Tempat : Dewan Eksekutif, Tingkat 15, Ibu Pejabat Agrobank,
Leboh Pasar besar, PO Box 10815, 50726, Kuala Lumpur

Program

4.00 petang : Ketibaan Jemputan/Media

4.20 petang : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agrobank dengan KADA

4. 35 petang : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis

4. 40 petang : Ucapan Aluan dari YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman,
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

4.50 petang : Acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agrobank dengan KADA

:Penyerahan Cek Pampasan 'Satu Petani Satu Takaful'

:Sesi Bergambar

5.15 petang : Jamuan Ringan

6.00 petang : Bersurai

*Nota: Berikutan tempat letak kereta yang terhad, wartawan dan jurugambar yang hadir perlu memakir kenderaan di bahu jalan di hadapan bangunan Ibu Pejabat Agrobank atau di tempat parkir di Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali.

Untuk makluman tuan/ puan, dengan termeterai perjanjian ini, KADA secara rasmi menjadi agensi kerajaan pertama di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengggunakan sistem perbankan Agrobank secara menyeluruh dan menjadikan Agrobank sebagai bank rasmi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.