Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Ahad 10/01/2016

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN FESTIVAL AGROBANK

Adalah dimaklumkan bahawa Agrobank akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Kempen Festival Agrobank. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Maklumat majlis adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 11 Januari 2016

Masa : 10: 45 Pagi – 12: 00 tengah hari

Tempat : 4G1, Wisma Tani, No 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Putrajaya.

Untuk makluman, Kempen Festival Agrobank telah berlangsung dari 20 November 2014 sehingga sehingga 31 Mei 2015. 14 pelanggan bertuah Agrobank yang telah melanggan produk Takaful Kasih Plus telah dipilih secara undian untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti sebuah kereta Honda City 1.5L +, TV LED 45 inci dan banyak lagi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 012-672 4732

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.