Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Selasa 12/01/2016

MAJLIS PENYERAHAN VAN SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA YAYASAN AL-HIDAYAH, SABAH

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis bagi menyerahkan sebuah van ambulan kepada Yayasan Al-Hidayah pada 13 Januari, 2016. Majlis ini akan disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat.

Van ambulan yang bernilai RM110,650.00 disumbangkan Yayasan Al-Hidayah bertujuan untuk memudahkan pengangkutan saudara-saudara baru ke kelas bimbingan yang menempatkan lebih 200 orang saudara baru yang telah memeluk Islam dan dibimbing di bawah Yayasan ini. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 13 Januari 2016

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Al-Hidayah Centre, Sabah


Program

10.00 pagi : Ketibaan para jemputan

10.20 pagi : Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat

10.25 pagi : Bacaan doa

10.30 pagi : Ucapan En Joannes Lukas,
Pengurus Al-Hidayah Centre Sabah

10.35 pagi : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat

10.40 pagi : Penyerahan simbolik sumbangan (mock key)

10.45 pagi : Lawatan Sidang media

12.00 tgh : Jamuan


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Shakila Sefor Rahman
Tel : 017-6972047

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.