|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 14/01/2016
JEMPUTAN WAKIL-WAKIL MEDIA SEMPENA LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE MIAMI, DAN SUNNYLANDS, AMERIKA SYARIKAT
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Rasmi dan menghadiri Mesyuarat yang berikut:
i. Lawatan Rasmi ke Miami, Amerika Syarikat pada 12 dan 13 Februari 2016; dan
ii. Mesyuarat ASEAN - US di Sunnylands, Amerika Syarikat pada 14 hingga 17 Februari 2016
Wakil-wakil media yang ingin membuat liputan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:
a. Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut
b. Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi)
c. Satu salinan gambar bersaiz passport (dalam format JPEG)
d. Senarai peralatan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan rasmi dan mesyuarat tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ahmad Hafizuddin bin Zainal Abidin
Tel : 03 – 8887 4180 / 017 300 9933
Emel : hafizuddin@kln.gov.my
Nama : Aida Safura Niza bt. Othman
Emel : aidasafura@kln.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|