Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Sabtu 16/01/2016

JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN PRODUK PEMBIAYAAN AGRO BAKTI

Agrobank akan mengadakan Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Agro Bakti. Produk ini akan dilancarkan secara bersama oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 19 Januari 2016

Masa : 10:00 pagi – 1:00 petang

Tempat : Grand Ballroom, 2, Hotel Marriot, Putrajaya

Program

10: 00pagi : Ketibaan Jemputan/Media

10: 15pagi : Ketibaan tetamu kehormat

10: 30pagi :
Ketibaan:
YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB. Dato Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

10: 35pagi : Ucapan Pembukaan dari Pengerusi Majlis

10: 40pagi : Bacaan doa

10: 45pagi : Ucapan aluan oleh Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

11: 00pagi :
Ucapan Pelancaran oleh:

YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

11: 30pagi : Gimik Pelancaran

11: 45pagi : Jamuan makan

1: 00petang : Majlis tamat

Untuk makluman tuan/ puan, Agro Bakti merupakan produk pembiayaan pertama berkonsepkan syariah di Malaysia yang ditawarkan kepada golongan orang kurang upaya OKU untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1651) / 012 672 4732

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.