|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 19/01/2016
PERASMIAN KAJANG PERDANA AVENUE - VENUE PERKAHWINAN BARU FELDA D'SAJI
Felda D’Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA akan melancarkan sebuah venue perkahwinan baru di Kajang Perdana yang dinamakan Kajang Perdana Avenue.
Felda D’Saji menjemput rakan-rakan media untuk menyaksikan transformasi Tapak Pasar Kajang Perdana kepada venue perkahwinan indah yang bakal dirasmikan oleh YB Pengerusi Kumpulan Felda pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 21 Januari 2016
Masa : 2.30 pm – 5.00 pm
Tempat : Tapak Pasar Kajang Perdana
Jalan Kajang Perdana 2/2
Taman Kajang Perdana
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
PROGRAM
2.30 pm : Ketibaan tetamu jemputan
3.00 pm : Ketibaan VVIP
3.15 pm : Bacaan Doa
3.20 pm : Ucapan Perasmian Y.B Pengerusi Kumpulan FELDA
3.35 pm : Gimik Perasmian
3.50 pm : Jamuan minum petang
4.30 pm : Sidang akhbar
5.00 pm : Bersurai
Dengan kehadiran Kajang Perdana Avenue sebagai venue perkahwinan dan acara ke 11 yang diuruskan sepenuhnya oleh Felda D’Saji, ia menjadikan Felda D’Saji sebagai katerer dengan venue sendiri terbanyak di Lembah Kelang tidak termasuk venue perkahwinan dan acara di mana Felda D’Saji menjadi panel katerer seperti Menara KL, TMCC, Dewan Seri Endon dan lain-lain.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Muinuddin Dzulkifli
Tel : 019 – 2111601 / 03 – 2698 8302
-BERNAMA |
|
|
|
|
|