|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/01/2016
SIDANG MEDIA SEMPENA SEMINAR RANTAIAN BEKALAN INDUSTRI MAKANAN
Satu sidang media akan diadakan bersempena dengan Seminar Rantaian Bekalan Industri Makanan bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan merasmikan seminar tersebut.
Butiran lanjut adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 31 Januari 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Bunga Emas, Aras 2
Hotel Perdana
Jalan Mahmood
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
PROGRAM
8.30 pagi : Pendaftaran Media
9:00 pagi : Ucapan Perasmian oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
9.15 pagi : Sidang Media
Tempat: Bilik Singgahsana, Aras 2
Sesi 1
9.15 pagi : Pembangunan Ekonomi dan Kemudahan Pelaburan di Kelantan
oleh UPEN Kelantan
9.35 pagi : Peluang Pelaburan dan Insentif Dalam Industri Makanan
oleh MIDA
9.55 pagi : Sesi soal jawab
10.15 pagi : Jamuan ringan
Sesi 2
10.30 pagi : Teknologi Terkini Dalam Industri Makanan
Oleh MARDI
10.50 pagi : Kemudahan Pinjaman di Bawah MIDF
oleh MIDF
11.10 pagi : Sesi soal jawab
Sesi 3
11.30 pagi : Success Story dan Peluang Perniagaan
oleh Mamee-Double Decker (M) Berhad
11.50 pagi : Success Story dan Peluang Perniagaan
oleh Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
12.10 tgh : Sesi soal jawab
12.30 tgh : Makan tengahari
2.30 petang : Sesi Rundingan Perniagaan Individu
: Sesi tamat
Peluang ini membolehkan pihak tuan/puan berkongsi dengan pembaca/penonton mengenai maklumat terkini industri makanan di Malaysia dan juga perkembangan pelaburan terbaharu di Kelantan.
Sukacita sekiranya rakan-rakan media dapat mengesahkan kehadiran melalui e-mel di khairulamir@mida.gov.my selewat-lewatnya pada 29 Januari 2016 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media dan seminar tersebut.
SUMBER : LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Amir Alais
Bahagian Maklumat dan Komunikasi, MIDA
Tel : 03-22673505 / 012-3275657
Emel : khairulamir@mida.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|