|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 29/01/2016
LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE BEIJING, CHINA MULAI 1 HINGGA 4 FEBRUARI 2016
Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan bahawa YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia akan melakukan Lawatan Kerja ke Beijing, China mulai 1 hingga 4 Februari 2016. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menguatkan lagi hubungan dua hala dan pelbagai hala antara Malaysia dan China.
Pihak media yang berhasrat untuk membuat liputan ke atas lawatan kerja ini dipohon untuk mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut selewat-lewatnya pada 29 Januari 2016:
- Nama wakil media dan sesalinan gambar passport yang terbaru;
- Salinan muka hadapan passport yang mengandungi butir-butir peribadi;
- Surat arahan membuat liputan media bagi Lawatan Rasmi tersebut;
- Sesalinan senarai peralatan media yang akan dibawa masuk ke China bagi tujuan ini;
- Jadual penerbangan; dan
- Nombor Kad Kredit bagi tujuan tempahan penginapan dan sewa kenderaan.
Urusan tempahan kemudahan penginapan dan pengangkutan akan dilakukan kepada rombongan media Malaysia dengan kerjasama Perwakilan Beijing. Pihak Perwakilan Beijing telah mengesyorkan Kerry Hotel Beijing bagi tujuan penginapan media iaitu hotel yang akan diduduki oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan rombongan. Kadar sewa bilik jenis "Deluxe Room" dianggarkan kira-kira RMB 1250+15% sehari.
Kadar sewa kenderaan bagi kegunaan rasmi lawatan ini dianggarkan kira-kira RMB 1500 selama 8 jam.
Dari seri aturcara lawatan, ianya masih belum dimuktamadkan, namun antara aturcara lawatan yang dirangka untuk YAB Timbalan Perdana Menteri adalah termasuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Untuk makluman pihak media, Visa kemasukan ke negara China hendaklah disediakan dengan kadar yang segera.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Nizam Halimi
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Tel : 03-8887 4188
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|