Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Ahad 31/01/2016

SIDANG MEDIA BAGI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN KALORI DI KAWASAN R&R LEBUH RAYA MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Kalori di Kawasan R&R Lebuh Raya Malaysia.

Majlis tersebut akan dirasmikan bersama oleh YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA dan YB DATO' SRI HAJI FADILLAH HAJI YUSOF, MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA. Butirannya adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 2 Februari 2016

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 013-3997025/ 03-8883 3470
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.