Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 11/02/2016

SIDANG AKHBAR : MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA NEGERI SELANGOR 2016

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor akan menganjurkan “Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor 2016” yang akan diadakan di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur pada 20hb Februari 2016 (Sabtu), jam 7.30 malam. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Waktu ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, adalah pada jam 8.15 malam.

Rakan-rakan media dijemput untuk hadir ke sidang akhbar bersempena majlis tersebut yang akan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan, Negeri Selangor.

Berikut adalah butiran sidang akhbar yang akan diadakan:

SIDANG AKHBAR : MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2016

Hari/Tarikh : Isnin 15 Februari 2016

Masa : 12.00 Tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat
Tingkat 1, Invest Selangor Berhad
Jalan Multimedia 7/AG
Citypark, i-City Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Bersama-sama ini disertakan “Borang Pengesahan Kehadiran” untuk tindakan pihak Y.Bhg. Tuan/Puan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang akhbar tersebut.

SUMBER : INVEST SELANGOR BERHAD (fka "SSIC Berhad")

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn Maryani / Pn Suhaila / Cik Anissa
Tel : 03-55102005
Emel : maryani@investselangor.my/ suhaila@investselangor.my/ anissa@investselangor.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.