|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 11/02/2016
TINJAUAN SERTA BERAMAH MESRA YB MENTERI KPDNKK BERSAMA PENUMPANG KOMUTER
Dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan tinjauan serta sesi ramah mesra bersama penumpang komuter KTM seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 12 Februari 2016
Masa : 9.00 pagi (berkumpul)
9.38 pagi (komuter bertolak)
Tempat : Berkumpul di Stesen Komuter Seksyen 19 Shah Alam, Selangor
*Media di minta turut serta naik komuter
*Sidang Media di Kenny Rogers, KL Sentral
Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan tinjauan dan sidang media tersebut.
SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Akhtar bin Sahari
Tel : 012 6725667
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|