Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 15/02/2016

LIPUTAN MEDIA PROGRAM STREET DAKWAH PPZ-MAIWP BERSEMPENA 'KENDURI 1 WILAYAH , PUTRAJAYA'

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan Program Street Dakwah PPZ-MAIWP bersempena 'Kenduri 1 Wilayah, Putrajaya' pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 20 Februari 2016

Masa : 9.00 malam - 12.00 malam

Tempat : Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya

(Note: Para VIP program ini akan berada di lokasi program dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam)

Program ini bertujuan sebagai wadah dakwah secara santai bagi pemahaman zakat kepada para pengunjung dan penduduk di Putrajaya.

Antara yang hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi PPZ-MAIWP , Datuk Hj Che Mat Che Ali,Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, MAWI AF, Sham Kamikaze, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Tuan Syed Norhisyam dan Man Raja Lawak.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : +60 (0)3 92895757
Tel : 012-500 3547
Faks : +60 (0)3 92895759


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.