Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Isnin 15/02/2016

Breakfast Talk : "Penjagaan Kesihatan Kanser Tanggungjawab Kita: Perspektif Integriti"

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day) pada 4 Februari setiap tahun, INTEGRITI akan mengadakan program “Breakfast Talk” Siri 2/2016 pada 17 Februari 2016 (Rabu) di Dewan Murni, INTEGRITI. YBhg. Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kem. Kesihatan Malaysia, Puan Farahida Dato' Mohd Farid (MAKNA) dan seorang bekas pesakit kanser telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan topik “Penjagaan Kesihatan Kanser Tanggungjawab Kita: Perspektif Integriti” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 17 Februari 2016

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Dewan Murni, Aras bawah,
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI),
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KL

Program

8.30 pagi : Pendaftaran

8.55 pagi : Ketibaan para panel dan moderator

9.05 pagi : Bacaan Doa

9.10 pagi : “Breakfast Talk” Siri 2/2016

Topik:

“Penjagaan Kesihatan Kanser, Tanggungjawab Kita: Perspektif Integriti”

Pembicara Utama:
YBhg. Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kem. Kesihatan Malaysia

Moderator:
YBhg. Dr Anis Yusal Yusoff
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
INTEGRITI

Pembincang I (Discussant I):
YBrs. Puan Farahida Dato’ Mohd Farid
General Manager
Majlis Kanser Negara (MAKNA)

Pembincang I (Discussant II):
Akan dimaklumkan.

10.30 pagi : Sesi soal jawab & Tamat


Objektif utama program ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai isu-isu integriti seperti integriti keluarga, etika perniagaan dan kos rawatan serta integriti penjagaan kesihatan agar kualiti hidup masyarakat di negara ini dapat dipertingkatkan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Breakfast Talk tersebut.

SUMBER : Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Program Komunikasi INTEGRITI
Nama : Zubayry Abady Sofian
Penyelaras Program Komunikasi
Tel : 03-6209 2074 / 012-2843570
Emel : zubayry@integriti.my

Nama : Norsheeda Din
Penolong Penyelaras Program Komunikasi
Tel : 03-6209 2014 / 017-2009097
Emel : sheeda@integriti.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.