|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 17/02/2016
JEMPUTAN PROGRAM SIRI PERTAMA ‘BICARA AGRO’
Agrobank akan mengadakan program perkongsian maklumat ‘Bicara Agro’ yang bakal membincangkan pelbagai topik dan isu berkaitan sektor pertanian dan industri asas tani oleh tokoh-tokoh usahawan, ahli akademik dan pakar teknologi yang terlibat dalam industri asas tani. Untuk siri pertama ini, program akan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 18 Februari 2016
Masa : 2:30 petang – 5:00 petang
Tempat : Auditorium Tun Ahmad Sarji, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang,
Kuala Lumpur.
Program
2:30 petang : Ketibaan Jemputan/Media
3:00 petang : Moderator : Suhaimi Mohamed
“Perkongsian Jejak Usahawan” oleh YBhg. Dato’ Ramly Mokni Pengarah Urusan Ramly Food Industry
3:20 petang : Interval
3:35 petang : “Innovations in Horticulture Supply Chain Management” oleh
YBhg. Dr. Baharuddin Abdul Ghani, Mantan Naib Presiden Kanan Malaysia Agrifood Corporation
3:55 petang : Interval
4:00 petang : “Mengapa Saya Memilih Pertanian Sebagai Kerjaya” oleh
Encik Mohd Afiq Afif, ketua Pegawai Eksekutif SA Agromax dan APC Nature Farm
4:20 petang : Jamuan minum petang
5.00 petang : Majlis tamat
Untuk makluman, untuk siri kali ini, seramai tiga (3) orang penceramah jemputan telah dijemput untuk berkongsi ilmu antaranya adalah YBhg. Dato’ Ramly Mokni iaitu Pengarah Urusan Ramly Food Industry, YBhg. Dr Baharuddin Abdul Ghani Mantan Naib Presiden Kanan, Malaysia Agrifood Corporation dan En. Mohd Afiq Afif yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SA Agromax dan APC Nature Farm.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut. Untuk makluman, program ini akan dirakam oleh saluran RTM.
SUMBER : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|