Januari 03, 2026 -Sabtu

 
 
 

Khamis 18/02/2016

LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) KE-13 DI ISTANBUL, TURKI PADA 14-15 APRIL 2016

Adalah dimaklumkan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Islam Ke-13 yang akan berlangsung di Istanbul, Turki mulai 14 hingga 15 April 2016. Sebagai makluman, Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan Mesyuarat Peringkat Menteri pada 12 hingga 13 April 2016 dan Mesyuarat Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan pada 10 hingga 11 April 2016.

Dalam hubungan ini, semua wakil-wakil media adalah dijemput untuk membuat liputan media Lawatan Kerja tersebut. Sehubungan dengan itu, wakil-wakil media yang ditugaskan membuat liputan media tersebut dikehendaki melengkapkan borang matrik yang disertakan bersama emel ini dan mengembalikan borang berkenaan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 15 Mac 2016.

Untuk makluman, maklumat berkaitan urusan visa ke negara Turki akan menyusul dalam tempoh masa yang terdekat.

Sila klik di sini untuk BORANG MATRIK_LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK OIC KE-13

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Nizam Halimi
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Tel : 03-8887 4188
Faks : 03-8889 2726
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.