|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 18/02/2016
JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2016
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor akan menganjurkan “Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor 2016”. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor dan waktu ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, adalah pada jam 8.15malam. Berikut adalah butiran ringkas majlis yang akan diadakan:
Hari/Tarikh : Sabtu 20 Februari 2016
Masa : 8.00 malam – 10.30 malam
Tempat : Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52,
46200, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Program
6.30petang : Ketibaan tetamu, jamuan dan persembahan bermula
7.40malam : Ketibaan Dif-dif Jemputan
8.00malam : Ketibaan Y.B. Dato’ Teng Chang Khim,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor
8.15malam : Ketibaan Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor
:Ucapan oleh Y.B. Dato’ Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor
:Ucapan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor
:Jamuan Makan
:Persembahan Kebudayaan
10.30malam : Bersurai
Nota: Aturcara program ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
Adalah dipohon agar pihak Y.Bhg Tuan/Puan dapat memberikan maklumbalas sebelum 19hb. Februari 2016 (Jumaat).
Sila klik di sini untuk “Borang Pengesahan Kehadiran”
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : INVEST SELANGOR BERHAD
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azrul
Emel : azrul@investselangor.my
Tel : 03-5510 2005
Nama : Haslinda
Emel : haslinda@investselangor.my
Tel : 03-5510 2005
Nama : Maryani
Emel : maryani@investselangor.my
Tel : 03-5510 2005
-BERNAMA |
|
|
|
|
|