|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 19/02/2016
HARI KRAF KEBANGSAAN 2016
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Kraf Kebangsaan kali ke-14 mulai 24 Februari – 6 Mac 2016. Hari Kraf Kebangsaan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan kepada pembangunan industri kraf negara.
Majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2016 pula akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 25 Februari 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Sila klik untuk Lampiran
Bertemakan Natif ke Kreatif, antara aktiviti utama yang akan diadakan sepanjang 12 hari penganjuran ialah jualan produk kraf, pameran produk rekaan baru & warisan, aktiviti demonstrasi & interaktif kraf serta Bicara & Bengkel Kreatif.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Hari Kraf Kebangsaan
Tel : 03-2162 7459
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
-BERNAMA |
|
|
|
|
|