|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 19/02/2016
MAJLIS PELEPASAN IKAN SEMPENA KARNIVAL GENERASI BAHARU ORANG MUDA KEMAMAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Perikanan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelepasan Ikan Sempena Karnival Generasi Baharu Orang Muda Kemaman. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha jabatan terhadap pemuliharaan sumber perikanan. Sehubungan itu, majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 20 Februari 2016
Masa : 11.15 pagi
Tempat : Kemaman Waterfront, Terengganu
TETAMU : YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Shahrir bin Mohd Sani
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 013-631 7313
-BERNAMA |
|
|
|
|
|