|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 22/02/2016
MAJLIS PENGHARGAAN PEMENANG PINGAT PERTAMA WSC 2015 BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA DAN LAWATAN KERJA KE IGROW (INSTITUT AGRO USAHAWAN) PERAK
Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Sri Hj. Ismail Bin Hj. Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia akan menghadiri Majlis Penghargaan Pemenang Pingat Pertama WSC 2015 bertempat di Seri Iskandar, dan juga mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Agro Usahawan (iGrow), Kampung Gajah, Perak seperti maklumat dan ketetapan berikut:
Hari/ Tarikh : Selasa 23 Februari 2016
Masa : 8.00 pagi (berkumpul di KL Sentral menaiki keretapi ETS) - dijangka pulang pada jam 6.11 petang
Tempat : 1) No. 55, Persiaran SIBC 4, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak (En. Airul Firham - 0102356973 / 0192070820)
2) Institut Agro Usahawan (iGrow) @ Kem Dato' Sagor, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kg. Gajah, Perak (Tuan Haji Nordin Abdul Malek -0138187212)
Sila klik disini untuk jadual perjalanan Tren ETS pada 23 Februari 2016
Rombongan YB Dato' Sri Timbalan Menteri (40 orang) akan disertai oleh:
1. YBhg. Datuk Dr Pang Chau Leong - KP JPK
2. YBhg. Dato' Chin Phaik Yoong - KP JTM
3. YBhg. Dato' CM Vicknaesvaran - KE PSMB
4. YBrs. Encik Abdul Halim Bin Muhamad Salleh - KE PTPK
5. Pegawai Pejabat YB Timbalan Menteri - 5 orang
6. Pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - 10 orang
7. Pegawai Jabatan Tenaga Manusia (JTM) - 5 orang
8. Pegawai PSMB - 5 orang
9. Pegawai PTPK - 5 orang
10. Wartawan / Press - 5 orang
Rombongan akan menaiki Tren ETS bermula dari Stesen Keretapi ETS KL Sentral pada jam 9.00 pagi ke Stesen Keretapi ETS Batu Gajah dan perjalanan pulang juga menaiki tren ETS dari Stesen Keretapi ETS Batu Gajah pada jam 6.11 petang ke Stesen Keretapi ETS KL sentral (Tiket ETS ini akan diurus dan disumbangkan oleh PSMB).
Rombongan kemudiannya akan menaiki bas JTM dari Stesen Keretapi ETS Batu Gajah ke Bandar Seri Iskandar dan Institut Agro Usahawan (iGrow), Kg Gajah, Perak.
Menjadi harapan YB Dato' Sri Timbalan Menteri untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang pencapaian wakil negara ke pertandingan-pertandingan antarabangsa terutamanya kepada pemenang yang telah mengharumkan nama negara selepas berakhirnya pertandingan tersebut melalui program-program bantuan menjurus kepada keusahawanan dalam industri kemahiran.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penghargaan dan lawatan kerja tersebut.
SUMBER : SKILLS MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syazwan Zahari
Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri
Kementerian Sumber Manusia
Tel : 0173357424
Nama : Farith Adnan
Tel : 0122304524
Nama : Abdul Halim Jahaya
Tel : 0126027766
Nama : Rosman
Tel : 0126981194
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|