|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/02/2016
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2016
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Kraf Kebangsaan kali ke-14 mulai 24 Februari – 6 Mac 2016. Hari Kraf Kebangsaan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan kepada pembangunan industri kraf negara.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 25 Februari 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Program
2.15 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
2.30 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.45 petang : Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
3.00 petang : Ketibaan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor Isteri Perdana Menteri Malaysia
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Ucapan Perasmian oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor Isteri Perdana Menteri Malaysia
: Persembahan
: Peragaan Fesyen
: Lawatan ke Pameran dan Jualan
: Jamuan
6.00 petang : Majlis Bersurai
Bertemakan Natif ke Kreatif, antara aktiviti utama yang akan diadakan sepanjang 12 hari penganjuran ialah jualan produk kraf, pameran produk rekaan baru & warisan, aktiviti demonstrasi & interaktif kraf, peragaan fesyen serta bicara & bengkel kreatif.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
Tel : 03-2161 3793
Web : www.kraftangan.gov.my
Nama : Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Norehan
Tel : 012 - 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|