|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 24/02/2016
WAKAF SELANGOR MUAMALAT MENYUMBANG PERALATAN SEKOLAH KEPADA SEKOLAH AL – FATEH PUTRA HEIGHTS
Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan satu majlis bagi menyumbangkan peralatan sekolah kepada Sekolah Al – Fateh Putra Heights, Subang Jaya pada 25 Feb, 2016. Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat akan menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada Pengetua Sekolah Al Fateh Putra Heights.
Wakaf Selangor Muamalat menyumbang beberapa peralatan kelas seperti meja belajar, kerusi PVC, papan putih, dan rak buku yang berjumlah RM 40,539.20 kepada Sekolah Al-Fateh bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penghuni sekolah berkenaan yang mempunyai 137 orang pelajar dari peringkat tadika hingga darjah 6.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 25 Februari 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Sekolah Al - Fateh Putra Heights, Jalan Putra Mahkota, 7-8E Putra Heights, 47650 Subang Jaya
Program
3.00 petang : Ketibaan para jemputan
3.15 petang : Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
3.20 petang : Bacaan doa
3.25 petang : Ucapan Dato’ Mohammad Fadzllee B Dato’ Sri Mustafa Pengerusi Sekolah Al - Fateh
3.30 petang : Ucapan YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat
3.35 petang : Penyerahan simbolik sumbangan (mock key)
: Lawatan
: Sidang Media
4.00 petang : Jamuan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina Abdullah
Tel : 03-2059 1345 / 012 – 3589876
E-mail: nurshazrina@muamalat.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|